Cari Hadith

Sunday, September 30, 2012

Larangan Beristinja’ Menggunakan Najis Binatang



Sahih Al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء



حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قَالَ لَيْسَ أَبُو عُبَيْدَةَ ذَكَرَهُ وَلَكِنْ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ يَقُولُ أَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْغَائِطَ فَأَمَرَنِي أَنْ آتِيَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ فَوَجَدْتُ حَجَرَيْنِ وَالْتَمَسْتُ الثَّالِثَ فَلَمْ أَجِدْهُ فَأَخَذْتُ رَوْثَةً فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَأَخَذَ الْحَجَرَيْنِ وَأَلْقَى الرَّوْثَةَ وَقَالَ هَذَا رِكْسٌ وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ


Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim berkata, telah menceritakan kepada kami Zuhair dari Abu Ishaq berkata -Abu 'Ubaidah tidak menyebutkannya tetapi- 'Abdurrahman bin Aswad dari bapanya bahawa dia mendengar 'Abdullah berkata, "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pergi ke tandas, lalu beliau memerintahkan aku membawakan tiga buah batu. Aku hanya mendapatkan dua batu, lalu aku mencari batu yang ketiga, namun aku tidak mendapatkannya hingga aku pun mengambil najis haiwan yang sudah kering. Kemudian semua itu aku bahawa ke hadapan Nabi. Namun beliau hanya mengambil dua batu dan membuang najis haiwan yang telah kering tersebut lalu bersabda: "Ini najis." Ibrahim bin Yusuf berkata dari bapaknya dari Abu Ishaq berkata, telah menceritakan kepadaku 'Abdurrahman."


Tuesday, September 11, 2012

Beristinja’ (Bersuci) Menggunakan Batu



Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء



حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَكِّيُّ قَالَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدِ بْنِ عَمْرٍو الْمَكِّيُّ عَنْ جَدِّهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ اتَّبَعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَرَجَ لِحَاجَتِهِ فَكَانَ لاَ يَلْتَفِتُ فَدَنَوْتُ مِنْهُ فَقَالَ ابْغِنِي أَحْجَارًا أَسْتَنْفِضْ بِهَا أَوْ نَحْوَهُ وَلاَ تَأْتِنِي بِعَظْمٍ وَلاَ رَوْثٍ فَأَتَيْتُهُ بِأَحْجَارٍ بِطَرَفِ ثِيَابِي فَوَضَعْتُهَا إِلَى جَنْبِهِ وَأَعْرَضْتُ عَنْهُ فَلَمَّا قَضَى أَتْبَعَهُ بِهِنَّ


Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad Al-Makki berkata, telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Yahya bin Sa'id bin 'Amru Al-Makki dari datuknya dari Abu Hurairah dia berkata, "Aku mengikuti Nabi sallallahu 'alaihi wasallam saat beliau keluar untuk buang hajat (buang air), dan beliau tidak menoleh (ke kanan atau ke kiri) hingga aku pun mendekatinya. Lalu Beliau bersabda: "Carikan untukku batu untuk aku gunakan beristinja' (bersuci) dan jangan bawakan tulang atau najis haiwan." Lalu aku datang kepada beliau dengan membawa batu kerikil di hujung kainku, batu tersebut aku letakkan di sisinya, lalu aku berpaling darinya. Setelah selesai (buang hajat) beliau gunakan batu-batu tersebut."


Larangan Beristinja’ (Bersuci) Dengan Tangan Kanan




Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء




حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ هُوَ الدَّسْتَوَائِيُّ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ وَإِذَا أَتَى الْخَلاَءَ فَلاَ يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَلاَ يَتَمَسَّحْ بِيَمِينِهِ



Telah menceritakan kepada kami Mu'az bin Fadhalah berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam -iaitu Al-Dastawa'i- dari Yahya bin Abu Kathir dari 'Abdullah bin Abu Qatadah dari bapanya dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian minum, maka janganlah dia bernafas dalam gelas. Dan jika masuk ke dalam tandas janganlah dia menyentuh kemaluannya dengan tangan kanannya dan jangan membersihkan dengan tangan kanannya."


Tuesday, September 4, 2012

Membawa Air Untuk Orang Bersuci




Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء





حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي مُعَاذٍ هُوَ عَطَاءُ بْنُ أَبِي مَيْمُونَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ تَبِعْتُهُ أَنَا وَغُلَامٌ مِنَّا مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ


Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Mu'az -yaitu 'Atha' bin Abu Maimunah- dia berkata, "Aku mendengar Anas berkata, "Jika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk buang hajat, maka aku dan seorang temanku mengikutinya dengan membawa bekas berisi air." 



Sunday, September 2, 2012

Beristinja' Menggunakan Air



Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء




 حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي مُعَاذٍ وَاسْمُهُ عَطَاءُ بْنُ أَبِي مَيْمُونَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ أَجِيءُ أَنَا وَغُلَامٌ مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ يَعْنِي يَسْتَنْجِي بِهِ


Telah menceritakan kepada kami Abu Al-Walid Hisyam bin 'Abdul Malik berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Mu'az dan namanya adalah 'Atha bin Abu Maimunah dia berkata, "Aku mendengar Anas bin Malik berkata, "Jika Nabi sallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk buang hajat, maka aku dan seorang temanku membawakan bekas berisi air, agar beliau boleh beristinja` (mencuci) dengannya."


Saturday, September 1, 2012

Buang Hajat Di Rumah Membelakangi Kiblat



Sahih Al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء



حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ وَاسِعِ بْنِ حَبَّانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ ارْتَقَيْتُ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِي فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْضِي حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ الْقِبْلَةِ مُسْتَقْبِلَ الشَّأْمِ


Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al-Munzir berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin 'Iyad dari 'Ubaidullah dari Muhammad bin Yahya bin Habban dari Wasi' bin Habban dari 'Abdullah bin 'Umar berkata, "Aku pernah naik ke bahagian atas rumah Hafsah kerana suatu urusanku. Maka aku melihat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam buang hajat membelakangi kiblat menghadap Syam."