Cari Hadith

Showing posts with label Ibn Mas'ud. Show all posts
Showing posts with label Ibn Mas'ud. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Larangan Beristinja’ Menggunakan Najis Binatang



Sahih Al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء



حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قَالَ لَيْسَ أَبُو عُبَيْدَةَ ذَكَرَهُ وَلَكِنْ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ يَقُولُ أَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْغَائِطَ فَأَمَرَنِي أَنْ آتِيَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ فَوَجَدْتُ حَجَرَيْنِ وَالْتَمَسْتُ الثَّالِثَ فَلَمْ أَجِدْهُ فَأَخَذْتُ رَوْثَةً فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَأَخَذَ الْحَجَرَيْنِ وَأَلْقَى الرَّوْثَةَ وَقَالَ هَذَا رِكْسٌ وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ


Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim berkata, telah menceritakan kepada kami Zuhair dari Abu Ishaq berkata -Abu 'Ubaidah tidak menyebutkannya tetapi- 'Abdurrahman bin Aswad dari bapanya bahawa dia mendengar 'Abdullah berkata, "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pergi ke tandas, lalu beliau memerintahkan aku membawakan tiga buah batu. Aku hanya mendapatkan dua batu, lalu aku mencari batu yang ketiga, namun aku tidak mendapatkannya hingga aku pun mengambil najis haiwan yang sudah kering. Kemudian semua itu aku bahawa ke hadapan Nabi. Namun beliau hanya mengambil dua batu dan membuang najis haiwan yang telah kering tersebut lalu bersabda: "Ini najis." Ibrahim bin Yusuf berkata dari bapaknya dari Abu Ishaq berkata, telah menceritakan kepadaku 'Abdurrahman."


Wednesday, April 25, 2012

Tidak Boleh Dengki Kecuali Dalam Ilmu dan Kebajikan Harta




Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Ilmu   كتب العلم



عن عبد الله بن مسعود قال، قال النبي صلى الله عليه وسلم لا حسد إلا في اثنتين رجل اتاه الله مالا فسلط على هلكته في الحق ورجل اتاه الله الحكمة فهو يقضي بها ويعلمها

Daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak boleh dengki kecuali dalam dua perkara ; (terhadap) seseorang yang Allah berikan harta lalu dia gunakan harta tersebut ke jalan kebenaran dan seseorang yang Allah berikan hikmah lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain."











Sunday, March 25, 2012

Memberi Nasihat Dengan Sesuai Agar Tidak Bosan




Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Ilmu   كتب العلم




عن ابن مسعود قال كان النبي صلى الله عليه وسلم يتخولنا بالموعظة في الايام كراهة السامة علينا

Daripada Ibn Mas'ud berkata, bahawa Rasulullah s.a.w selalu memilih-milih hari yang sesuai bagi kami untuk memberikan nasihat, kerana bimbang rasa bosan menyelubungi kami. (Riwayat Bukhari)



(راو ) Perawi 



Rasulullah s.a.w 
^
Abdullah bin Mas'ud bin Ghafil bin Habib
[Abu 'Abdurrahman, Sahabat, Kufah, wafat 32H ]
^
Syaqiq bin Salamah
[Abu Wa'il, Tabi'in kalangan tua, Kufah, wafat 82H, thiqah]
^
Sulaiman bin Mihran
[Abu Muhammad,  Tabi'in kalangan biasa, Kufah,  wafat 147H, Thiqah, yudallis, thiqah thabat]
^
Sufyan bin Sa'id bin Masruq
[Abu 'Abdullah, Tabi'ut Tabi'in kalangan tua, Kufah, wafat 161H, imam, hujjah, huffaz mutqin]
^
Muhammad bin Yusuf bin Waqid bin 'Uthman
[Abu 'Abdullah, Tabi'in kalangan biasa, Syam, wafat 212H, thiqah, muhaddith, soleh, thiqah fadlil]
^ 
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)