Cari Hadith

Showing posts with label Syu'bah bin al-Hajjaj. Show all posts
Showing posts with label Syu'bah bin al-Hajjaj. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

Membawa Air Untuk Orang Bersuci




Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء





حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي مُعَاذٍ هُوَ عَطَاءُ بْنُ أَبِي مَيْمُونَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ تَبِعْتُهُ أَنَا وَغُلَامٌ مِنَّا مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ


Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Mu'az -yaitu 'Atha' bin Abu Maimunah- dia berkata, "Aku mendengar Anas berkata, "Jika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk buang hajat, maka aku dan seorang temanku mengikutinya dengan membawa bekas berisi air." 



Sunday, September 2, 2012

Beristinja' Menggunakan Air



Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء




 حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي مُعَاذٍ وَاسْمُهُ عَطَاءُ بْنُ أَبِي مَيْمُونَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ أَجِيءُ أَنَا وَغُلَامٌ مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ يَعْنِي يَسْتَنْجِي بِهِ


Telah menceritakan kepada kami Abu Al-Walid Hisyam bin 'Abdul Malik berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Mu'az dan namanya adalah 'Atha bin Abu Maimunah dia berkata, "Aku mendengar Anas bin Malik berkata, "Jika Nabi sallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk buang hajat, maka aku dan seorang temanku membawakan bekas berisi air, agar beliau boleh beristinja` (mencuci) dengannya."


Wednesday, August 29, 2012

Membaca Doa Ketika Masuk Tandas


Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء



حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ تَابَعَهُ ابْنُ عَرْعَرَةَ عَنْ شُعْبَةَ وَقَالَ غُنْدَرٌ عَنْ شُعْبَةَ إِذَا أَتَى الْخَلاَءَ وَقَالَ مُوسَى عَنْ حَمَّادٍ إِذَا دَخَلَ وَقَالَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْخُلَ


Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abdul 'Aziz bin Shuhaib berkata, aku mendengar Anas berkata, "Jika Nabi sallallahu 'alaihi wasallam masuk ke dalam tandas, maka beliau berdoa: Allahumma Inni A'uudzu Bika Minal Khubutsi Wal Khaba`Its (Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari syaitan lelaki dan syaitan perempuan) '. Dan hadis ini dikuatkan oleh Ibnu 'Ar'arah dari Syu'bah, dan Ghundar berkata dari Syu'bah ia berkata, "Jika mendatangi tandas." Dan Musa dari Hammad, "Jika masuk." Dan Sa'id bin Zaid berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul 'Aziz, "Jika mahu masuk."

Sunday, March 25, 2012

Permudahkan Dan Jangan Menyukarkan




Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Ilmu   كتب العلم




عن انس بن ملك عن النبي صلى الله عليه وسلم قال يسروا ولا تعسروا وبشروا ولا تنفروا

Daripada Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Permudahkanlah dan jangan menyukarkan/menyulitkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari. (Riwayat Bukhari)



(راو ) Perawi 



Rasulullah s.a.w 
^
Anas bin Malik bin an-Nadlir bin Dlamdlom bin Zaid bin Haram
[Abu Hamzah, Sahabat, Basrah, wafat 91H ]
^
Yazid bin Humaid
[Abu a-Tayyah, Tabi'in kalangan biasa, Basrah, wafat 128H, thiqah, soleh, ma'ruf]
^
Syu'bah bin al-Hajjaj bin al-Warad
[Abu Bistham, Tabi'it Tabi'in kalangan tua, Basrah, wafat 160H, thiqah, thiqah hafiz]
^
Yahya bin Sa'id bin Farrukh
[Abu Sa'id, Tabi'ut Tabi'in kalangan biasa, Basrah, wafat 198H, thiqah mutqin, thiqah hafiz, thiqah mutqin, ma'mun]
^
Muhammad bin Basysyar bin 'Uthman
[Abu Bakar, Tabi'ul atba' kalangan tua, Basrah, wafat 252H, thiqah, saduq, la baksa bihi, hafiz]
^ 
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)


Friday, March 23, 2012

Cop Dan Teknik Menulis Surat Rasulullah s.a.w




Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Ilmu   كتب العلم


عم انس بن مالك قال كتب النبي صلى الله عليه وسلم كتابا او اراد ان يكتب فقيل له انهم لا يقرءون كتابا الا مختوما فاتخذ خاتما من فضة نفشه محمد رسول الله كأني انظر الى بياضه في يده فقلت لقتادة من قال نفشه محمد رسول الله؟ قال انس

Daripada Anas bin Malik berkata, Nabi menulis surat atau bermaksud menulis surat lalu dikatakan kepada Baginda bahawa mereka tidak akan membaca surat melainkan tertera cop. Maka Rasulullah s.a.w pun membuat cop daripada perak yang bertanda Muhammad Rasulullah. Seakan-akan aku melihat warna putih pada tangan Rasulullah s.a.w lalu aku bertanya kepada Qatadah: "Siapakah yang membuat tanda Muhammad Rasulullah?" Jawabnya (Qatadah): "Anas." (Riwayat Bukhari)




(راو ) Perawi 



Rasulullah s.a.w 
^
Anas bin Malik bin an-Nadlir bin Dlamdlom bin Zaid bin Haram
[Abu Hamzah, Sahabat, Basrah, wafat 91H ]
^
Qatadah bin Da'amah bin Qatadah
[Abu al-Khattab, Tabi'in kalangan biasa, Basrah, wafat 117H, thiqah thabat, hafiz]
^
Syu'bah bin al-Hajjaj bin al-Warad
[Abu Bistham, Tabi'ut Tabi'in kalangan tua, Basrah,  wafat 160H, Thiqah, thabat hujjah, amirul mukminin fi al-hadith]
^
Abdullah bin al-Mubarak bin Wadlih
[Abu 'Abdurrahman, Tabi'it Tabi'in kalangan pertengahan, Himash, wafat 181H, thiqah, thiqah imam]
^
Muhammad bin Muqatil
[Abu al-Hasan, Tabi'in kalangan biasa, Baghdad, wafat 226H, thiqah, saduq]
^ 
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)


Thursday, March 15, 2012

Seorang Muslim Adalah Orang Yang Selamat Dari Tangan Dan Lidahnya




Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Iman   كتب الايمان



عَنْ عَبْدُاللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَن انَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهى اللهُ عَنْهُ.
Daripada Abdulullah bin 'Amr berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seorang Muslim adalah orang yang Kaum Muslimin selamat dari lidah dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah" (Riwayat Bukhari)



(راو ) Perawi 

Salah satu dari 4 turuq al-hadith


Rasulullah s.a.w 
^
Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash bin Wa'il
[Abu Muhammad, Sahabat, Maru, wafat.H63 ]
^
Amir bin Syarahil
[Abu 'Amru, Tabi'in kalangan pertengahan, Kufah, wafat 104H, thiqah, mahsyur]
^
Abdullah bin Abi as-Safar bin Sa'id bin Yahmad
[Tabi'in, Kufah, Thiqah]
^
Syu'bah bin al-Hajjaj bin al-Warad
[Abu Bistham, Tabi'it Tabi'in kalangan tua, Basrah, wafat 160H, thiqah, thiqah hafiz]
^

Adam bin Abu Iyas
[Abu al-Hasan, Tabi'it Tabi'in kalangan biasa, Baghdad, wafat 220H, thiqah, la baksa bihi]
^ 
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)