Cari Hadith

Showing posts with label Ibn 'Abbas. Show all posts
Showing posts with label Ibn 'Abbas. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Membasuh Anggota Wuduk Sekali-Sekali




Sahih Al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء





 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً مَرَّةً

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Zaid bin Aslam dari 'Atha' bin Yasar dari Ibnu 'Abbas berkata, "Nabi sallallahu 'alaihi wasallam berwuduk sekali sekali."

Friday, August 31, 2012

Menyediakan Air Di Tempat Buang Air



Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء




حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ قَالَ حَدَّثَنَا وَرْقَاءُ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي يَزِيدَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ الْخَلاَءَ فَوَضَعْتُ لَهُ وَضُوءًا قَالَ مَنْ وَضَعَ هَذَا فَأُخْبِرَ فَقَالَ اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ


Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami Hasyim bin Al-Qasim telah menceritakan kepada kami Warqa' dari 'Ubaidullah bin Abu Yazid dari Ibnu 'Abbas, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pernah masuk ke dalam tandas, lalu aku letakkan bekas berisi air. Beliau lantas bertanya: "Siapa yang meletakkan ini?" Aku lalu memberitahukannya, maka beliau pun bersabda: "Ya Allah pandaikanlah dia dalam agama."


Tuesday, August 28, 2012

Membasuh Muka Dengan Kedua Belah Tangan



Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء




حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو سَلَمَةَ الْخُزَاعِيُّ مَنْصُورُ بْنُ سَلَمَةَ قَالَ أَخْبَرَنَا ابْنُ بِلَالٍ يَعْنِي سُلَيْمَانَ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ تَوَضَّأَ فَغَسَلَ وَجْهَهُ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَمَضْمَضَ بِهَا وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَجَعَلَ بِهَا هَكَذَا أَضَافَهَا إِلَى يَدِهِ الْأُخْرَى فَغَسَلَ بِهِمَا وَجْهَهُ ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَغَسَلَ بِهَا يَدَهُ الْيُمْنَى ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَغَسَلَ بِهَا يَدَهُ الْيُسْرَى ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَرَشَّ عَلَى رِجْلِهِ الْيُمْنَى حَتَّى غَسَلَهَا ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً أُخْرَى فَغَسَلَ بِهَا رِجْلَهُ يَعْنِي الْيُسْرَى ثُمَّ قَالَ هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Abdurrahman berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Salamah Al-Khaza'i Manshur bin Salamah berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Bilal -iaitu Sulaiman- dari Zaid bin Aslam dari 'Atha' bin Yasar dari Ibnu 'Abbas, bahawa dia berwuduk, ia mencuci wajahnya, lalu mengambil air satu cedukan tangan dan menggunakannya untuk berkumur dan istanshaq (memasukkan air ke dalam hidung), lalu ia kembali mengambil satu cedukan tangannya dan menjadikannya begini -menuangkan pada tangannya yang lain-, lalu dengan kedua tangannya ia membasuh wajahnya, lalu mengambil air satu cedukan dan membasuh tangan kanannya, lalu kembali mengambil air satu cedukan dan membasuh tangannya yang sebelah kiri. Kemudian mengusap kepala, lalu mengambil air satu cedukan dan menyela-nyela kaki kanannya hingga membasuhnya, lalu mengambil air satu cedukan lagi dan membasuh kaki kirinya. Setelah itu ia berkata, "Beginilah aku melihat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berwuduk."

Monday, August 27, 2012

Tidak Membazir Dalam Berwudhu'




Sahih Al-Bukhari  
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء



حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرٍو قَالَ أَخْبَرَنِي كُرَيْبٌ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَامَ حَتَّى نَفَخَ ثُمَّ صَلَّى وَرُبَّمَا قَالَ اضْطَجَعَ حَتَّى نَفَخَ ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى ثُمَّ حَدَّثَنَا بِهِ سُفْيَانُ مَرَّةً بَعْدَ مَرَّةٍ عَنْ عَمْرٍو عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ بِتُّ عِنْدَ خَالَتِي مَيْمُونَةَ لَيْلَةً فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ اللَّيْلِ فَلَمَّا كَانَ فِي بَعْضِ اللَّيْلِ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَوَضَّأَ مِنْ شَنٍّ مُعَلَّقٍ وُضُوءًا خَفِيفًا يُخَفِّفُهُ عَمْرٌو وَيُقَلِّلُهُ وَقَامَ يُصَلِّي فَتَوَضَّأْتُ نَحْوًا مِمَّا تَوَضَّأَ ثُمَّ جِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ وَرُبَّمَا قَالَ سُفْيَانُ عَنْ شِمَالِهِ فَحَوَّلَنِي فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ ثُمَّ صَلَّى مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ اضْطَجَعَ فَنَامَ حَتَّى نَفَخَ ثُمَّ أَتَاهُ الْمُنَادِي فَآذَنَهُ بِالصَّلَاةِ فَقَامَ مَعَهُ إِلَى الصَّلَاةِ فَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ قُلْنَا لِعَمْرٍو إِنَّ نَاسًا يَقُولُونَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَنَامُ عَيْنُهُ وَلَا يَنَامُ قَلْبُهُ قَالَ عَمْرٌو سَمِعْتُ عُبَيْدَ بْنَ عُمَيْرٍ يَقُولُ رُؤْيَا الْأَنْبِيَاءِ وَحْيٌ ثُمَّ قَرَأَ: إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ


Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin 'Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari 'Amru berkata, telah mengkhabarkan kepadaku Kuraib dari Ibnu 'Abbas, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tidur sampai berdengkur kemudian bangun dan mengerjakan solat. Atau ia mengatakan, "Nabi baring hingga berdengkur, kemudian beliau berdiri solat. Kemudian Sufyan secara berturut-turut meriwayatkan hadis tersebut kepada kami, dari 'Amru dari Kuraib dari Ibnu 'Abbas ia berkata, "Pada suatu malam aku pernah menginap di rumah ibu saudaraku, Maimunah, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu melaksanakan solat malam. Hingga pada suatu malam, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bangun dan berwuduk dari bejana kecil dengan wuduk yang ringan, setelah itu berdiri dan solat. Aku lalu ikut berwuduk dari bejana yang beliau gunakan untuk wuduk, kemudian aku menghampiri beliau dan ikut solat di sisi kirinya -Sufyan juga menyebutkan sebelah kiri-, beliau lalu menggeser aku ke sisi kanannya. Setelah itu beliau solat sesuai yang dikehendakinya, kemudian beliau baring dan tidur hingga mendengkur. Kemudian seorang tukang azan datang memberitahu beliau bahawa waktu solat telah tiba, beliau lalu pergi bersamanya dan solat tanpa berwuduk lagi." Kami lalu katakan kepada Amru, "Orang-orang mengatakan bahawa mata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidur, namun tidak dengan hatinya." Amru lalu berkata, "Aku pernah mendengar Ubaid bin Umair berkata, "Mimpi para Nabi adalah wahyu." Kemudian ia membaca: '(Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku akan menyembelihmu..) ' (As-Saffat: 102).

Sunday, June 3, 2012

Keringanan Dalam Berwudhu'




Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء




عن ابن عباس ان النبي صلى الله عليه وسلم نام حتى نفخ. ثم صلى وربما. ثم حدثنا به سفيان ، مرة بعد مرة ، عن عمرو ، عن كريب ، عن ابن عباس : قال : بت عند خالتي ميمونة ليلة ، فقام النبي صلى الله عليه وسلم من الليل ، فلما كان في بعض الليل ، قام النبي صلى الله عليه وسلم ، فتوضأ من شن معلق وضوءا خفيفا ، يخففه عمرو ويقلله ، وقام يصلي ، فتوضأت نحوا مما توضأ ، ثم جئت فقمت عن يساره ، وربما قال سفيان : عن شماله ، فحولني فجعلني عن يمينه ، ثم صلى ما شاء الله ، ثم اضطجع فنام حتى نفخ ، ثم آتاه المنادي فآذنه بالصلاة ، فقام معه إلى الصلاة ، فصلى ولم يتوضأ . قلنا لعمرو : إن ناسا يقولون : إن رسول الله صلى الله عليه وسلم تنام عينه ولا ينام قلبه ؟ قال عمرو : سمعت عبيد بن عمير يقول : رؤيا الأنبياء وحي . ثم قرأ : { إني أرى في المنام أني أذبحك } 

Daripada Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhu, bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tidur hingga berdengkur. Kemudian baginda bangun dan mengerjakan solat. Kemudian Sufyan secara berturut-turut meriwayatkan hadith tersebut kepada kami, dari 'Amru dari Kuraib dari Ibn 'Abbas ia berkata: "Pada suatu malam aku pernah menginap di rumah ibu saudaraku Maimunah. Nabi salallahu 'alaihi wasallam lalu mengerjakan solat malam. Hingga pada suatu malam, Nabi salallahu 'alaihi wasallam bangun dan berwudhu' dari bejana kecil dengan wudhu' yang ringan lalu berdiri dan solat. Aku lalu ikut berwudhu' dari bejana yang beliau gunakan untuk berwudhu' kemudian aku menghampiri beliau dan ikut solat disisi kirinya. Beliau lalu mengalihkan aku kesisi kanannya. Setelah itu beliau solat seperti yang dikehendakinya, kemudian beliau baring dan tidur sehingga berdengkur. Kemudian seorang tukang azan datang memberitahu beliau bahawa waktu solat sudah tiba. Beliau lalu pergi bersamanya dan solat tanpa berwudhu' lagi. Kami lalu katakan kepada Amru bahawa mata Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam tidur sedangkan hatinya tidak tidur." Amru lalu berkata: "Aku pernah mendengar Ubaid bin Umar berkata: "Mimpi para nabi adalah wahyu". Kemudian ia membaca : "Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku akan menyembelihmu (As-Saffat: 102)"



(راو ) Perawi 



Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
^
Abdullah bin 'Abbas bin 'Abdul Muthallib bin Hasyim
[Abu al-Abbas,  Sahabat , Marur Rawdz, wafat 68H]
^
Kuraib bin Abi Muslim maula Ibnu 'Abbas
[Abu Rusydain, Tabi'in kalangan pertengahan, Madinah, wafat 98H, thiqah ]
^
Amru bin Dinar bin Al-Athram
[Abu Muhammad,  Tabi'in kalangan biasa, Marur Rawz, wafat 126H, thiqah]
^
Sufyan bin 'Uyainah bin 'Abi Imran Maimun
[Abu Muhammad, Tabi'in kalangan pertengahan, Kufah, wafat 198H, Thiqah Thabat, Hafiz mutqin]
^
Ali bin 'Abdullah bin Ja'far bin Najih
[Abu Al-Hasan,  Tabi'ul Atba' kalangan tua , Basrah, wafat 234H, thiqah ma'mun imam, thiqah thabat imam]
^
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)



Saturday, March 10, 2012

Rasulullah Lebih Lembut Dari Angin Yang Berhembus



Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Permulaan Wahyu   كتب بدىء الوحي



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَا رِسُهُ الْقُرْانَ فَلَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرَيحِ الْمُرْسَلَةِ


Daripada Ibn Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling lembut terutama pada bulan Ramadhan ketika Malaikat Jibril a.s menemuinya dan adalah Jibril a.s mendatanginya setiap malam di bulan Ramadhan dimana Jibril a.s mengajarkan al-Quran. Sungguh, Rasulullah s.a.w jauh lebih lembut daripada angin yang berhembus. (Riwayat Bukhari)


(راو ) Perawi 



Rasulullah s.a.w 
^
Abdullah bin 'Abbas bin 'Abdul Muthallib bin Hasyim
[Abu al-Abbas,  Sahabat , Marur Rawdz, wafat 68H]
^
Ubaidullah bin 'Abdullah bin 'Uthbah bin Mas'ud
[Abu 'Abdullah, Tabi'in kalangan pertengahan, Madinah, wafat 98H, Hafiz, Thiqah, Imam]
^
Muhammad bin Muslim bin 'Ubaidillah bin 'Abdullah bin Syihab
[Abu Bakar,  Tabi'it Tabi'in kalangan pertengahan , Madinah, wafat 124H, Hafiz, thiqah]
^
Yunus bin Yazid bin Abi An-Najad
[Abu Zaid,  Tabi'it Tabi'in kalangan tua , Syam, wafat 159H, Thiqah]
^
Abdullah bin Al-Mubarak bin Wadlih
[Abu Abdurrahman, Tabi'it Tabi'in kalangan pertengahan, Himash, wafat 181H, Hafiz, thiqah imam, thiqah ma'mun]
^
Abdullah bin Uthman bin Jablah bin Abi Rawwad
[Abu Abdurrahman,  Tabi'ul Atba' kalangan tua ,Himsh , wafat 221H, Hafiz, thiqah hafiz]
^
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)