Sahih Al-Bukhari صحيح البخاري
Kitab Wudhu' كتب الوضوء
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الأُوَيْسِيُّ قَالَ
حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَزِيدَ
أَخْبَرَهُ أَنَّ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ رَأَى عُثْمَانَ
بْنَ عَفَّانَ دَعَا بِإِنَاءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى كَفَّيْهِ ثَلاَثَ مِرَارٍ فَغَسَلَهُمَا
ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الإِنَاءِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ
ثَلاَثًا وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلاَثَ مِرَارٍ ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ
ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ثُمَّ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ
صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ
ذَنْبِهِ وَعَنْ إِبْرَاهِيمَ قَالَ قَالَ صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ
وَلَكِنْ عُرْوَةُ يُحَدِّثُ عَنْ حُمْرَانَ فَلَمَّا تَوَضَّأَ عُثْمَانُ قَالَ أَلاَ
أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا لَوْلاَ آيَةٌ مَا حَدَّثْتُكُمُوهُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لاَ يَتَوَضَّأُ رَجُلٌ يُحْسِنُ وُضُوءَهُ وَيُصَلِّي
الصَّلاَةَ إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الصَّلاَةِ حَتَّى يُصَلِّيَهَا
قَالَ عُرْوَةُ الآيَةَ :( إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنْ الْبَيِّنَات)ِ
Telah menceritakan kepada kami Abdul
'Aziz bin 'Abdullah Al-Uwaisi berkata, telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin
Sa'd dari Syihab bahawa 'Atha' bin Yazid mengkhabarkan kepadanya bahawa Humran maula
(pembantu) 'Uthman mengkhabarkan kepadanya, bahawa dia telah melihat 'Uthman
bin 'Affan meminta untuk diambilkan bekas (berisi air). Lalu dia menuangkan
pada telapak tangannya tiga kali lalu membasuh keduanya, lalu dia masukkan
tangan kanannya ke dalam bekas lalu berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam
hidung, kemudian membasuh wajahnya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangan
hingga siku tiga kali, kemudian mengusap kepala, kemudian membasuh kedua
kakinya tiga kali hingga kedua mata kaki. Setelah itu dia berkata,
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa
berwuduk seperti wudukku ini, kemudian dia solat dua rakaat dan tidak berbicara
antara keduanya, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." Dan dari
Ibrahim berkata, Salih bin Kaisan berkata, Ibnu Syihab berkata. Tetapi 'Urwah
menceritakan dari Humran, "Ketika 'Uthman berwuduk, dia berkata, "Mahukah
aku sampaikan kepada kalian sebuah hadis yang kalau bukan kerana ada satu ayat
tentu aku tidak akan menyampaikannya? Aku pernah mendengar Nabi sallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang lelaki berwuduk dengan membaguskan
wuduknya kemudian mengerjakan solat, kecuali akan diampuni (dosa) antara
wuduknya dan solatnya itu hingga selesai solatnya." 'Urwah berkata,
"Ayat yang dimaksud adalah: '(Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan
apa yang telah kami turunkan…) ' (Al-Baqarah: 159).