Cari Hadith

Saturday, September 1, 2012

Buang Hajat Di Rumah Membelakangi Kiblat



Sahih Al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء



حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ وَاسِعِ بْنِ حَبَّانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ ارْتَقَيْتُ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِي فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْضِي حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ الْقِبْلَةِ مُسْتَقْبِلَ الشَّأْمِ


Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al-Munzir berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin 'Iyad dari 'Ubaidullah dari Muhammad bin Yahya bin Habban dari Wasi' bin Habban dari 'Abdullah bin 'Umar berkata, "Aku pernah naik ke bahagian atas rumah Hafsah kerana suatu urusanku. Maka aku melihat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam buang hajat membelakangi kiblat menghadap Syam."

Friday, August 31, 2012

Tidak Menghadap Kiblat Ketika Buang Air



Sahih Al-Bukhari   
صحيح البخاري
Kitab Wudhu'    كتب الوضوء


 حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْغَائِطَ فَلاَ يَسْتَقْبِل الْقِبْلَةَ وَلاَ يُوَلِّهَا ظَهْرَهُ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا


Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi'b berkata, telah menceritakan kepada kami Az-Zuhri dari 'Atha' bin Yazid Al-Laitsi dari Abu Ayyub Al-Anshari berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika salah seorang dari kalian masuk ke dalam tandas untuk buang hajat, maka janganlah menghadap ke arah kiblat dan membelakanginya. Hendaklah dia menghadap ke arah timurnya atau baratnya."