Cari Hadith

Saturday, April 28, 2012

Perumpamaan Dan Kutamaan Orang Yang Berilmu




Sahih al-Bukhari     صحيح البخاري
Kitab Ilmu      كتب العلم




عن أبي موسى عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: مثل ما بعاثني الله به من الهدى والعلم كمثل الغيث الكثير أصاب أرضا فكان منها نقية قبلت الماء فأنبتت الكلأ والعشب الكثير وكانت منها أجادب أمسكت الماء فنفع الله بها الناس فشربوا وسقوا وزرعوا وأصابت منها طائفة أخرى إنما هي قيعان لا تمسك ماء ولا تنبت كلأ فذلك مثل من فقه في دين الله ونفعه ما بعىثني الله به فعلم وعلم ومثل من لم يرفع بذلك رأسا ولم يقبل هدى الله الذي أرسلت به 

Daripada Abu Musa r.a  daripada Nabi s.a.w bersabda: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutusku dengan membawanya adalah seperti hujan yang lebat yang turun mengenai tanah. Di antara tanah itu ada yang dapat menyerap air sehingga dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Dan diantaranya ada tanah yang keras yang lalu menahan air (tergenang) sehingga dapat diminum oleh manusia, memberi minum haiwan ternak dan menyiram tanaman. Perumpamaan itu adalah seperti orang yang memahami agama Allah dan dapat memanfaatkan apa yang aku utus dengannya, dia mempelajari dan mengajarnya dan juga perumpamaan orang yang tidak dapat mengangkat darjat dan tidak menerima hidayah Allah dengan apa yang diutus dengannya."





(راو ) Perawi 

Sanad 1.


Rasulullah s.a.w 
^
Abdullah bin Qais bin Sulaim bin Hadldlor
[Abu Musa, Sahabat, Kufah, wafat.H50 ]
^
Amir bin 'Abdullah bin Qais
[Abu Burdah, Tabi'in kalangan pertengahan, Kufah, wafat 104H, thiqah, kathirul glalath]
^
Buraid bin 'Abdullah bin Abu Burdah bin Abu Musa
[Abu Burdah, Tabi'in, Kufah,thiqah, saduq, la baksa bihi]
^
Hammad bin Usamah bin Zaid
[Abu Usamah, Tabi'it Tabi'in kalangan biasa, Kufah, wafat 201H, thiqah, hujjah, saduq]
^
Ishaq bin Ibrahim bin Makhlad
[Abu Ya'qub, Tabi'ul atba' kalangan tua, Himsh, wafat 238H, Imam, Thiqah Hafiz Mujtahid, Ahadul  Aimmah]
^ 
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)



-------------------------------------------------------------------------

Sanad 2. 





Rasulullah s.a.w 
^
Abdullah bin Qais bin Sulaim bin Hadldlor
[Abu Musa, Sahabat, Kufah, wafat.H50 ]
^
Amir bin 'Abdullah bin Qais
[Abu Burdah, Tabi'in kalangan pertengahan, Kufah, wafat 104H, thiqah, kathirul glalath]
^
Buraid bin 'Abdullah bin Abu Burdah bin Abu Musa
[Abu Burdah, Tabi'in, Kufah,thiqah, saduq, la baksa bihi]
^
Hammad bin Usamah bin Zaid
[Abu Usamah, Tabi'it Tabi'in kalangan biasa, Kufah, wafat 201H, thiqah, hujjah, saduq]
^
Muhammad bin al-'Alaa' bin Kuraib
[Abu Kuraib, Tabi'ul atba' kalangan tua, Kufah, wafat 248H, Saduq, Thiqah, Hafiz, La Baksa Bihi]
^ 
Muhammad bin Ismail (al-Bukhari)

Wednesday, April 25, 2012

Tidak Boleh Dengki Kecuali Dalam Ilmu dan Kebajikan Harta




Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Ilmu   كتب العلم



عن عبد الله بن مسعود قال، قال النبي صلى الله عليه وسلم لا حسد إلا في اثنتين رجل اتاه الله مالا فسلط على هلكته في الحق ورجل اتاه الله الحكمة فهو يقضي بها ويعلمها

Daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak boleh dengki kecuali dalam dua perkara ; (terhadap) seseorang yang Allah berikan harta lalu dia gunakan harta tersebut ke jalan kebenaran dan seseorang yang Allah berikan hikmah lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain."











Tuesday, April 24, 2012

Diberi Kefahaman Agama Kepada Orang Yang Allah Kehendaki Baik


Sahih al-Bukhari   صحيح البخاري
Kitab Ilmu   كتب العلم



عن معاوية يقول سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين وإنما أنا قاسم والله يعطي ولن تزال هذه الأمة قائمة على أمرالله لا يضرهم من خالفهم حتى يأتي أمرالله

Daripada Muawiyyah r.a berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah faqihkan (memberi kefahaman) dia terhadap agama. Aku hanyalah yang membagi-bagikan sedangkan Allah yang memberi. Dan sentiasalah umat ini tegak diatas perintah Allah, mereka tidak akan celaka kerana adanya orang-orang yang menyelisihi mereka sehingga datang keputusan Allah."